Wajah (lagu Jaclyn Victor)

"Wajah" ialah lagu nyanyian Jaclyn Victor yang dijadikan lagu tema dokumentari siaran TV3, iaitu Bersamamu yang memaparkan golongan tidak bernasib baik di Malaysia sambil merayu para penonton menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka. Sungguhpun keluar sebagai single, namun lagu ini tidak terdapat dalam album Gemilang.Lagu ini pernah dicalonkan dalam Kategori Balada di Anugerah Juara Lagu 2005; kategori tersebut dimenangi oleh sebuah lagi lagu Jaclyn, iaitu "Gemilang" yang turut merangkul anugerah Juara Lagu keseluruhan pada tahun itu.

Wajah (lagu Jaclyn Victor)

Dikeluarkan pada 2005
Penulis Othman Mohamed, Habsah Hassan